Oleh: NUR' AFINI BINTI SANUSI
Implikasi Akta Pendidikan 1996 Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia.
Kesan Positif
Implikasi positif Akta
Pendidikan 1996 terhadap perkembangan Pendidikan di Malaysia ialah berlaku
perluasan sistem Pendidikan swasta terutamaya di peringkat tinggi. Pendidikan
swasta ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar yang layak menyambung
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan dapat kurangkan aliran wang
keluar. Antara contoh pendidikan swasta yang ditubuhkan ialah Universiti
Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas yang memberi peluang kepada rakyat
untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai peringkat. Pendidikan ini terus
berkembang secara sistematik dengan memperuntukan wang yang spesifik. Hal ini
bertujuan untuk membantu melahirkan insan yang berilmu dan berupaya memajukan
kehidupan yang memenuhi aspirasi negara.
Seterusnya, pendidikan
khas mula diberi perhatian juga adalah implikasi positif Akta
Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pendidikan khas
diberi tumpuan bagi membantu meningkatkan potensi diri, keyakinan diri,
kemahiran diri dan keupayaan untuk berdikari dalam kalangan golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) dengan memberi peruntukkan khas kepada golongan ini. Bukan
itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil langkah cekap
untuk menyediakan sekolah yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar
tersebut seperti Sekolah Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif. Dengan adanya
pendidikan khas ini turut membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara
kaum Melayu, Cina, India dan bumiputra lain.
Selain itu, pihak
kementerian pendidikan Malaysia turut mewujudkan Pendidikan prasekolah
awal kanak-kanak bagi warganegara yang berumur enam tahun. Pada tahun
2003, kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan dan telah ditukar
kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pendidikan ini
diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan pendidikan ini
berjalan dengan lancar, memelihara hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan
kemahiran kanak-kanak seperti membaca, mengira dan menulis serta menanam nilai
positif dalam diri mereka. Antara Pendidikan prasekolah yang mendapat
pengiktirafan KPM ialah KEMAS, PASTI dan PERMATA.
Disamping itu, implikasi positif
Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia
menyebabkan pendidikan teknik dipertingkatkan. Pihak kerajaan
tertumpu kepada meningkatkan kemahiran dan praktikal dengan membolehkan
politeknik mengadakan program dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan
dan organisasi perindustrian. Mengadakan program berkembar kursus peringkat
diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi sama ada di
dalam dan luar negara serta lebih cenderung kepada pendidikan sains dan
teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri.
Kesan Negatif
Menjadikan pendidikan sebagai
suatu perniagaan ialah implikasi negatif Akta Pendidikan 1996
terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Pihak swasta yang telah
menjadikan pendidikan sebagai perniagaan dengan melabur untuk mendapat
keuntungan dengan mengenakan bayaran tinggi kepada ibu bapa yang hendak
mendaftar anak mereka. Sebagai contoh, mengenakan yuran pendaftaran sebanyak
RM1,000 hingga RM 2,000 manakala yuran IPTS mengenakan RM 50,000 hingga
RM200,000. Dengan jumlah yuran yang telah ditetapkan dapat disumpulkan bahawa
pihak ini menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk memperoleh keuntungan.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengenakan kawalan yuran di institusi pendidikan
swasta, memperluaskan pendidikan percuma dan menubuhkan banyak bangunan wakaf
agar semua golongan berhak pendapat pendidikan.
Selain itu, menyukarkan
pembentukan bangsa Malaysia juga adalah implikasi positif Akta
Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian
kerana, penggunaan bahasa inggeris dan bahasa ibunda semakin banyak digunakan
dalam kalangan masyarakat sehingga meminggirkan martabat bahasa kebangsaan
iaitu bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan bangsa Malaysia sukar untuk
dibentuk di negara ini. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan lagi
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan
memperkenalkan subjek silang budaya. Hal ini bertujuan untuk memartabatkan
Bahasa Melayu agar terus berkembang di mata dunia.
Tambahan pula, implikasi negatif
Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia menyebabkan penswastaan
pendidikan berlaku. Pendidikan bukan lagi sepenuhnya di bawah kerajaan
kecuali sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Keadaan ini juga menyebabkan
standard kurikulum di Malaysia tidak sama dan taraf pendidikan juga berbeza
serta pelajar menduduki jenis peperiksaan berbeza. Sebagai contoh,penubuhan
tadika swasta, sekolah swasta, sekolah antarabangsaa, pusat latihan kemahiran
swasta, kolej swasta dan Institusi Pendidikan tinggi swasta(IPTS). Dengan itu,
pihak kerajaan telah membuat kawalan terhadap institusi swasta dan
memperluaskan peranan kerajaan dan majikan untuk membangunkan pendidikan
percuma.
Akhir
sekali, berlaku pengangguran dalam kalangan masyarakat.
Pengangguran tinggi disebabkan persaingan yang sengit antara pelajar yang
mendapat pendidikan. Pihak kerajaan perlu memperbanyakkan program pendidikan
yang menawarkan kursus pragraduan dan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa asing semakin berluasan kerana
sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat mengekalkan penggunaan bahasa asing
dalam sistem pembelajaran mereka. Bagi mengatasi perkara ini, KPM telah
mewajibkan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang perlu dipelajari di
semua pusat pendidikan swasta.
No comments:
Post a Comment