Oleh: NATASYA NASHWA BINTI RIZAM
PERANAN AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Sebelum British menjajah di Tanah Melayu, pendidikan
tidak dititip beratkan dalam perkembangan anak-anak di Tanah Melayu. Namun
begitu, bukan bermaksud pendidikan tidak diajarkan kepada anak-anak tetapi
pendidikan berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan
masyarakat. Pendidikan pada zaman itu berlangsung secara tidak formal kerana
ilmu yang diwarisi daripada nenek moyang diajarkan kepada satu generasi ke satu
generasi. Hal ini menunjukkan pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun
temurun. Pendidikan ini melibatkan perkara-perkara asas seperti adat resam,
budaya, warisan dan juga ajaran Islam supaya generasi mereka menjadi seseorang yang
baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Masyarakat dahulu menganggap ibu
bapa memainkan peranan utama sebagai pendidik kerana mereka perlu mendidik
anak-anak mereka dengan perkara-perkara yang berkaitan budaya dan warisan. Bagi
mereka, anak-anak tidak kira lelaki mahupun perempuan dididik dengan
ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang diwarisi daripada nenek
moyang. Antara contoh perkara yang diajarkan kepada anak-anak mereka ialah
setiap individu perlu menghormati orang lain terutamanya ibu bapa dan orang
yang lebih tua daripada mereka. Golongan muda pada masa itu juga perlu sentiasa
menjaga pertuturan kata dan perbuatan di hadapan orang tua sebagai lambang
hormat kepada mereka yang lebih tua. Oleh itu, mereka yang dibesarkan dengan
cara tradisional lebih bertatasusila dan penuh dengan nilai kesopanan dalam
diri.
PERANAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di
Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran
1961. Akta Pelajaran 1961 menegaskan bahawa matlamat utama Dasar Pendidikan
Kebangsaan Pada masa itu adalah untuk menubuhkan satu Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan
ekonomi, sosio-budaya serta politik. Namun begitu, menjelang abad ke-21, era
digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan meluas. Bidang
pendidikan juga telah berubah tumpuan kepada pendidikan yang diselaraskan
kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. Selaras dengan perekembangan
ini, Akta Pendidikan 1996 telah diselaraskan dengan tujuannya adalah untuk
menyelaraskan dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seragam
dan berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu, terdapat beberapa peranan Akta Pendidikan 1996 terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia.
Akta
Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
penyata pendidikan sebelum ini. Dalam erti kata mudah, Akta Pendidikan 1996
sebagai garis panduan atau rujukan bagi
pelaksanaan pendidikan. Dalam akta ini, terdapat beberapa perkara yang
diutamakan atau digariskan. Antara salah satu perkara yang digariskan ialah
akta ini mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan adalah penentu
utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Hal ini dikatakan demikian
kerana melalui akta ini dapat memantapkan sistem pendidikan kebangsaan bagi
generasi muda sejajar dengan perubahan masa. Perkara ini seterusnya dapat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bermutu tinggi
antara negara dan seiring dengan negara maju lain. Akta ini juga menggariskan
perundangan berkaitan bidang pendidikan seperti tatatertib dan etika guru
semasa menjalankan tugas.
Selain
itu, Akta Pendidikan 1961 merupakan peraturan yang perlu dipatuhi. Hal ini
dikatakan demikian kerana banyak peraturan yang telah ditetapkan dan wajib
diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat peraturan yang perlu diikuti oleh kakitangan guru dan penjawat awam
sekolah bagi menjaga dan memastikan keamanan dan keharmonian institusi sekolah.
Perkara ini bertujuan untuk mengelakkan kakitangan guru dan sekolah menunjukkan
contoh yang tidak baik kepada pelajar kerana mereka mudah terpengaruh dengan
perkara-perkara yang negatif. Etika
pakaian dan tatatertib guru juga sangat dititik beratkan kerana hal ini
mencerminkan diri mereka sebagai pendidik. Contoh lain, peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993; Pindaan 2002). Peraturan ini
penting untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan
amanah serta bertanggungjawab.
Peranan
lain Akta Pendidikan 1961 adalah untuk menjadikan sistem pendidikan lebih
sistematik. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan
dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga
ke peringkat pendidikan tinggi dan meliputi semua kategori sekolah. Antaranya
ialah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Sistem
pendidikan ini diaplikasikan dan dimantapkan dalam semua peringkat sekolah sama
ada sekolah kerajaan atau sekolah swasta. Tidak ketinggalan sekolah Pendidikan
Khas juga diberikan tumpuan yang khusus bagi pelajar yang kurang upaya untuk
menuntut ilmu di sekolah sesuai dengan kekurangan mereka. Sistem ini dikatakan
sistem yang sistematik kerana mengambil kira kepentingan semua kaum tanpa
mengira kaum Melayu, Cina dan India. Oleh itu, pendidikan akan lebih berkualiti
dalam memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.
Di
samping itu, Akta Pendidikan 1996 melestarikan pendidikan di Malaysia supaya
menjadi lebih baik. Hal ini dikatakan demikian kerana kurikulum yang
dilaksanakan di sekolah mengupayakan murid menguasai pelbagai kemahiran seperti
melestarikan pendidikan yang meliputi pendidikan teknik. Walau bagaimanapun,
pendidikan khas tidak dipandang enteng oleh pihak kementerian serta pendidikan
ini diambil berat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Melalui akta ini, murid
yang berdaya fikir lestari dapat dilahirkan serta mereka akan bersikap
responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian. Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh. Hal ini juga
dapat mempersiapkan murid menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat
tempatan, negara dan antarabangsa.
Akta
Pendidikan 1996 berperanan sebagai kesakmaan peluang pendidikan kepada masyarakat
dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Setiap warganegara Malaysia berhak
mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan
budaya. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan atau membandingkan
antara pelajar. Dalam konteks ini, semua pelajar adalah sama kerana pelajar
merupakan insan yang seharusnya dididik dengan penuh kasih sayang tanpa mengira
latar belakang mereka. Selain itu, peluang untuk belajar juga diberikan kepada
semua golongan rakyat tanpa mengira latar belakang atau pun kedudukan mereka
sama ada di bandar ataupun luar bandar.
Kesimpulannya,
sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan pihak kerajaan sangat penting di
samping peranan pihak lain seperti sekolah, ibu bapa dan swasta. Hal ini
dikatakan demikian kerana peranan pihak kerajaan sangat penting bagi memastikan
sistem pendidikan di Malaysia mempunyai kualiti selaras dengan kemajuan yang
diperolehi negara pada masa kini. Melalui Akta Pendidikan 1996 ini, sisitem
pendidikan di Malaysia kini mengalami pengurusan yang sangat sempurna dan mampu
meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar. Akta Pendidikan 1996 ini
menjadi asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan serta merupakan landasan
kepada Akta Pendidikan sekali gus sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment